widget

Friday, January 15, 2010

Mengubah Kebiasaan

Jam baru pukul 10.02 pagi.Hari ni hari Isnin..Masuk hari ni,kira-kira sudah sebulan lebih saya melalui fasa baru dalam kehidupan saya iaitu fasa alam kerjaya.Satu fasa yang cukup banyak telah mengubah kebiasaan kehidupan saya.

Sudah lama benar rasanya tak post entry terbaru sejak balik malaysia dulu.Tiba2 plk terlintas nak catatkan sesuatu di blog buruk ni.Banyak perkara yang bermain-main di kepala yang saya rasa macam nak tulis.Bak kata orang,makin byk berjumpa orang,makin banyak pengalaman yang kita dapat.

Dah sebulan lebih sy bekerja.Mengajar kali ini cukup berbeza dgn pengalaman menjadi guru ganti sekolah rendah waktu cuti sem ketika belajar dulu yg mana mengajar kanak2 kecil,kerenahnya mmg konfem lain dgn kerenah pelajar2 yang sudah besar panjang ini.Namun,masing-masing ada cabaran dan keistimewaannya yg tersendiri.Yang pasti,sejak menjadi pensyarah sambilan sebulan yg lalu,minat sy makin lama makin berpihak kepada kerjaya ini.Dengan hanya berbekalkan pengalaman bagaimana diajar oleh pensyarah2 sy ketika di universiti dahulu,hari2 yg sy lalui ketika bekerja mmg agak sukar sedikit dan perasaan gugup dihadapan pelajar kadangkala masih ada.

Sebenarnya sebelum ini sy tidak pernah terlintas utk menjadi pensyarah mahupun pensyarah sambilan.Sewaktu baru lepas grad dahulu,dalam fikiran sy hanya target kerja di bank2 islam sama ada dalam atau luar negara.Mungkin disebabkan sy masih kurang pendedahan tentang alam kerjaya yg masih luas sebenarnya.Betul bahawa perancangan Allah itu lebih baik untuk kita.

2 mggu selepas balik Malaysia,sy masih belum hntr resume kerja kpd mana2 tempat pun. Hinggalah start puasa ketika mana syaitan2 telah dirantai ketika itu, maka barulah kerajinan telah menguasai sy untuk menghantar resume kerja.Antara tempat yg sy hntr resume adalah cimb bank,bank islam berhad,bank muamalat malaysia,syarikat air negeri sembilan,kolej islam pahang dan lembaga tabung haji.Kemudian tiada sebarang feedback dr semua resume2 yg sy hntr itu.Alhamdulillah diorg masih x respon ketika dlm tempoh itu kerana ketika itu sebelah mata sy mengalami pendarahan selama 2 bulan lebih.

Kemudian pada awal bln 11 iaitu selepas konvo yayasan pahang,sy mendapat panggilan temuduga dari Bank Islam berhad di Kuantan utk jwtn greeter.Keadaan mata ketika itu sudah hampir sembuh tp darah masih ada ckit2 lg.Interview yg pertama dlm hidup selepas grad.Ms tu mcm2 fikir mcm mn nak cover mata merah.Speaking in English interview.Kesudahannya,sy memanggil i'view itu sebagai 'interview menyedihkan' sbb dgn kekurangan persediaan dan keadaan kesihatan yg x mengizinkan.Xpe lah.Paling kurang dpt pengalaman i'view.

Kemudian ada plk pameran kerjaya kat PWTC.Sy pun mencuba nasib di walk in interview bank negara utk jwtn senior executive.i'view kali ini speaking lg.Tp nasib baik sy ada sedikit improvement melalui pengalaman i'view pertama.Kesudahannya,panel BNM tu bg conclusion supaya sy perlu lebih BANYAK MEMBACA,perlu LEBIH CONFIDENT dan perlu MENGIKUTI KURSUS B.INGGERIS.Dia juga sempat bg tahu sy yg degree sy ini marketable,cuma kena pandai expose kelebihan diri sendiri.Dari i'view tersebut sy dpt memahami sesuatu.

Kemudian,dlm bln 11 itu juga,sy mendapat panggilan temuduga dari Bank Muamalat Malaysia di KL utk jwtn executive of products&innovation.Nasib baik ada farah kat sana,jd sy tumpang rumah farah.Jwtnnya juga sama ngan farah,jd sedikit sebanyak sy b'tanya pd farah ttg jwtn itu.Interview kali ini juga speaking.Interview kali ini sy rasa mmg paling mencabar.Sy melalui 4 fasa dlm temuduga tersebut.1st phase,I needed to answer objective questions about 10 questions.2nd,kena wat essay about 2 questions of 4.Kemudian barulah sesi temuduga face to face dihadapan 3 panel.Kemudian sy ditugaskan utk membuat presentation in english ttg soalan essay yg telah sy jawab td.Ketika present,ahli panel ada bertanya sedikit sebanyak ttg apa yg dibentangkan.Kemudian diorg suruh sy duduk dan sambung interview face to face smula.X tau la berapa lama duduk kat dlm tu.Allah je yg tau.Kesudahannya, sy menggelarkan interview tersebut sebagai 'interview pengharapan' sbb sy sgt berharap dpt.wa3.

Kemudian(berapa byk kali kemudian daa..),ketika perasaan masih berharap dpt jwpn dr bank muamalat tersebut,sy mendapat pula panggilan temuduga dr KIPSAS utk jwtn pensyarah sambilan selama 4 bulan.Pada hari yg sama juga sy mendapat panggilan dr CIMB bank utk interview jwtn call center for credit card.Jd sy pilih utk pergi interview di KIPSAS.Interview kali ini juga seperti temuduga2 yg sebelumnya.Panel penemuduganya juga 3 org,cuma kali ini sy ditemuduga dlm b.Melayu dan b.Arab.Alhamdulillah.Sebelum temuduga tu sy sempat berdoa dlm hati, "ya Allah,permudahkanlah segala urusanku".Temuduga kali ini, sy melalui 2 fasa.Yang pertama sy face to face i'view,kemudian sy diminta menterjemahkan sebaris ayat dlm sebuah kitab arab, dan utk fasa kedua sy diminta utk demo mengajar di hadapan mereka.Selepas selesai temuduga,sy diminta tggu di ruang menunggu sebentar sementara panel menemuduga calon lain.Keputusannya,sy terus dimaklumkan lulus dlm temuduga tersebut sejurus selepas semua calon selesai temuduga.Silibus diberikan kpd sy dan sy mula berkhidmat pd mggu depannya.Saya menggelarkan interview tersebut sebagai "temuduga yg mensurprisekan" sbb sy mmg x sangka terus dpt jawapan.Alhamdulillah.

Jadi,mulai saat itu perasaan berharap sy pada bank muamalat semakin lama makin berkurang(tapi masih ada ckit2..)kerana minat sy telah mula berputik pada kerjaya pendidik ini.hu3.Dan sy memulakan hidup baru sebagai pekerja,bukan lagi pelajar.Baru2 ini,sy ada gatal tgn menghantar resume ke FSTEP.Seminggu lepas tu,FSTEP panggil utk interview di kl.Tapi masa interview tersebut,sy kecundang di tgh jln sbb sy gagal dlm ujian berkomputer for english proficiency.Seolah-olah sy mengambil ujian statik lesen smula rasanya ketika itu.Mmg sy akui soalannya mmg susah dan english sy belum sampai ke peringkat excellent mcm tu.Jadi,sy x dpt utk ke peringkat seterusnya iaitu test essay dan peringkat terakhirnya barulah interview face to face dgn panel penemuduga.Jadi sy keluar dr pejabat fstep tersebut sambil tergelak sedikit sbb kelakar.Tp xtau kelakar apa.Dan sy pulang semula ke pangkuan kipsas.(",)

Moral of the all stories,memang byk pengajaran dan pengalaman yang sy pelajari dari interview2 dalam hidup sy setakat ini.Ada orang yang bertuah,baru sekali interview terus je dpt kerja.Tapi sy bersyukur sy berjaya dlm temuduga di kipsas ini sbb telah membuka minda sy bahawa menjadi pendidik itu indah.hehe.Ok lah kawan2,insya Allah kita sambung dlm lampiran akan dtg utk mengupas topik interview pulak..

6 comments:

FabulouswithAs said...

dayah...bestnya dpt bace tulisan dayah balik...slmt bekerje!!jordan miss u too =p

khairunisa said...

salam kak:)
saya nk tnya skit..
akak ex student yarmouk kan?
in course ekonomi islam ke?
mmmm..sebenarnya,saya mmg bminat nk lnjutkn pelajaran kat sana dlm course ekonomi islm..
saya lepasan spm09
mmm,ada twinning program je ke untok course nih?
ada x yg ambil diploma terus disana?and,kbanyyakan student yg ambil course ni under scholarship or tanggung sendiri?
sbbnya,insyallah saya xgne scholarship...jadi mcm mne ye?
-saya sgtsgt mmrlukn jwpn dri akk.
btw,nk ambil course ni perlu ambil STAM ke?

kak,tolong ye jwb;)
ni email saya.
ym:gerlinblack@y.c
blog:http://fairytaleofnisz.blogspot.com



*jazakillah:)

Hidayah Abdul Majid said...

waalaikumussalam dik.. =)
ya,akak ex-yarmouk course ekonomi&perbankan islam.
ada studnt yg ambil kos ni dgn tajaan sendiri,ada yg dgn loan kerajaan negeri@ptptn,ada yg scholarship.
cuma kos yuran&sara hidup di sini sgt tinggi&mahal.
tak perlu ambil STAM untuk ambil course ni.
klu course ekonomi islam,blh je fully study kat sana.tp utk program ekonomi dan perbankan islam,setakat ni hanya ikip yg buat dan twinning dgn yarmouk.
selanjutnya nnti akak inform smula at ur email ya. =)

Anonymous said...

thanks for sharing the experience!!

Nurul Zahar said...

Assalamualaikum sis,

Bila baca entry sis ni, mengingatkan saya pada beberap siri temuduga yang pernah saya pergi. Setuju dgn kata2 sis, ada org yang bertuah, hanya dgn sekali interview boleh terus dapat job. Ada pula, yang terpaksa melalui pengalaman yang bermacam2, baru dapat kerja. Mungkin ini salah satu cara Allah mentarbiah kita supaya jangan mengeluh dan berputus asa, tetapi teruskan berusaha. Rezeki Allah ada di mana-mana.

Anonymous said...

Salam,
akk boleh x akk share soalan2 yg ditanya oleh panel mase interbiu kat kipsas? Jenis soalan isu2 semasa@berkaitan kipsas?

Tq