widget

Friday, February 6, 2009

ISTILAH-ISTILAH PERBANKAN yang mesti kita tahu

Tidak dapat dinafikan disebabkan perbezaan di antara kebanyakan istilah di dalam pengaplikasian dan pembelajaran telah menyebabkan kebanyakan graduan mengalami kesukaran dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari hatta kesukaran untuk memberi huraian kepada masyarakat yang mengajukan permasalahan kepada mereka.
InsyaAllah, bagi penuntut-penuntut ilmu ekonOmi dan perbankan di Timur Tengah, di sini terdapat beberapa istilah ekonomi&perbankan antarabangsa yang kebanyakannya telah kita ketahuinya dalam bahasa arab(but probably we not define them in the another languages).
Sebagai persiapan memudahkan kita mempraktikkannya di tanah air kita nanti,WAJIB tahu & faham all those term we had learned in the class.Tetapi banyak lagi istilah lain yang tidak dimasukkan di dalam ni;


MEANINGS OF THE TERMINOLOGIES IN ARABIC
  • Acceptance of Deposits (qabul wadaa i')
  • Providing Loans and Advances (manhul Qurud wal salaf)
  • Investment of funds (istismarul amwaal)
  • Promote the use of cheques (tasyji' istikhdaam assyaiikaat)
  • Transfer of funds (tahwil amwaal)
  • Collecting funds on behalf of the customer ( tahsil amwaal niaabah 'anil ghoir)
  • Sale of shares and securities for its customer (bai' al auroq al-maaliah lil 'umalaak)
  • The bank acts as the trustee execution and administrator (idaarah wa hifzul amwaal al-'umalaak)
  • Purchase and sale of foreign currencies (bai' wa syirok al-'umlaat al-ajnabiyyah)
  • Financing internal and foreign trade (tamwil at-tijaarah ad-dakhiliyah wal khorijiah)
  • Balance sheet of commercial bank (mizaniah bank at-tijaari)
  • Liabilities of the bank (matluubaat al-bunuk)
  • Share capital ( roksul maal al-musaahimu bihi)
  • Reserve fund ( ihthiyaathiyyat)
  • Loan from other banks ( Qorod bunuk ukhro)
  • Bills payable (auraq mustahaqqah addafa')
  • Bills for collection ( auroq littahsil)
  • Acceptance ( al-Qabulaat)
  • Profit and loss ( arbah wal khosa'ir)
  • Cash balances ( arsidah an-naqdiah)
  • Debentures/Bonds ( sanadaat)
  • Bank Draft ( hiwaalah bankiah)
  • Current or Demand Deposits ( wadaai' jariah)
  • Saving Deposits ( wadaai' taufir)
  • Rediscount ('i'aadah khosom)
  • Accumulated Profits (arbah mutarokimah)
  • International agencies (wikalaat dauliah)
  • Letter of Credit (i'timad mustanaadi)
  • Retained Earnings (arbaah muhtajizah)
  • Cash flow (tadaffuq naqdi)
  • Liquidity Ratios (nisbah suyuulah)
  • Current Ratio ( nisbah tadaawul)
  • Common stock (saham 'aadi)
  • Securities (auroq maaliah)
  • Treasury bills (uzunaat khoziinah)
  • Maturity (istihqaaq)

Sunday, February 1, 2009

Adab-adab Berdoa



In the Name of Allah, the Merciful, the Compassionate

Firman Allah yang bermaksud: "Berdoalah kepadaKu,nescaya akanKu perkenankan "

Doa adalah tanda kerendahan hati seorang hamba yang sentiasa merasakan serba lemah di sisi
Tuhannya.Allah amat menyukai hamba-hamba Nya yang sentiasa berdoa meminta kepada Nya. Kemudian hendaklah menyerahkan bulat-bulat kepadaNya dengan apa yang dipinta.
"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepdaNya." -Ali Imran;159-

Suka saya sertakan di sini beberapa doa-doa yang penting dan baik untuk diamalkan setiap kali selepas solat. Doa-doa yang terdapat di dalam surah-surah Al-Quran ini insyaAllah mustajab kerana ia adalah dari Kalam Allah SWT sendiri untuk dijadikan panduan kepada hamba-hambaNya. Selain dari doa-doa yang saya sertakan ini,terdapat banyak lagi doa-doa lain yang diamalkan oleh para anbiyak telah disebut di dalam AL-Quran yang boleh kita amalkan. Antara doa-doa yang sempat saya kongsikan di sini adalah;

1) surah al-Ahqaf, ayat 15.
"Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai;dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari org-org Islam(yg tundk patuh kepada-Mu)."

2)surah al-Hasyr, ayat 10.
"wahai Tuhan kami!ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap org-org yang beriman.wahai Tuhan kami!sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu."


diantara adab-adab ketika berdoa:

1) Ikhlas ketika berdoa kepada Allah.

2) Mulakan doa dengan memuji dan mengagungkan kebesaran Allah.Selawat dan salam ketas Nabi Muhammad S.A.W diawal dan diakhir doa.

3) Tawakal selepas berdoa dan yakinlah bahawa Allah Maha Mendengar akan memakbulkan doa kita

4) Bersabar dan tertib ketika berdoa.Jangan tergopoh gapah ketika berdoa.

5) Pastikan hati ingat kepada Allah ketika berdoa
.
6) Berdoalah kepada Allah ketika susah dan senang.

7) Mintalah hanya kepada Allah Taala.

8) Jangan berdoa dengan meyumpah atau meminta perkara tidak elok kepada diri sendiri.

9) Rendahkan suara pada tahap diantara berbisik dan boleh didengari(sederhana) ketika berdoa. Tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat.

10) Akui dosa dan kesilapan kita,mintalah kepada Allah Maha Penerima Taubat untuk mengampunkan dosa kita,Akuilah bahawa Allah sahajalah tempat kita bergantung serta berharap dan bersyukur kepadaNya

11) Jangan berpura-pura meminta belas kasihan ketika berdoa kepada Allah

12) Merendah diri ketika berdoa kepadaNya

13) Ulang doa kita sebanyak tiga kali.

14) Mengadap Qiblat(arah Kaabah)

15) Menadah tangan.

16) Dalam keadaan berwudhu’ ketika berdoa(jika boleh)

17) Jangan agresif ketika berdoa.

18) Jika kita hendak mendoakan untuk seseorang,berdoalah untuk kita terlebih dahulu.(1)

19) Apa yang dipakai atau dimakan hendaklah dari hasil yang halal

20) Jauhi dari semua dosa.


Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra.)



______________________________________________________________________________
(1)pernah disebutkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W mulakan doa dengan mendoakan dirinya terlebih dahulu,kemudian barulah diikuti doanya untuk Annas,Ibn Abbas,Umm Ismail dan lain-lain.

jelajah muktah





















Disaat sebahagian penduduk Irbid menjelajahkan diri mereka ke mesir, syria, malaysia, dan seumpamanya,kami selaku penunggu setia rumah pun telah berpakat untuk mengurangkan duit simpanan masing2 dengan merancang 'JELAJAH MUKTAH'.

Tiba pada hari yang dirancangkan(23 jan 2009),kami pun memulakan perjalanan pada jam 10.30 pg. Kami menaiki bas Jet untuk ke Amman. Setelah sampai di Amman, kami mengambil coaster untuk menyambung perjalanan ke Muktah.

Lebih kurang pada pukul 4 pm, kami seramai 7 orang banat serta 3 orang banin selamat sampai di Muktah. Sebaik sahaja sampai,kami mengambil masa untuk berehat secukup mungkin bagi menyimpan tenaga untuk memulakan pengembaraan pada esok hari.Kami telah menumpang bermalam di rumah sebahagian pelajar2 di sana yang cukup baik hati kerana sudi menumpangkan kami selama dua malam(special thanks for kak zam&housemate, basyirah&housemate, aisyah&housemate, shahid&housemate, fudhail selaku moderator.huhu). Sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah memberi layanan VIP kepada kami walaupun kami tak pinta dilayan sebegitu istimewa.syukur mode..(^_^).

Pagi di Muktah(bersempena dengan nama Perang Muktah) yang begitu damai pada 24 jan 2009. Setelah selesai bersarapan,kami pun memulakan perjalanan dengan berguiderkan Syahid&Fudhail(diorang berdua ni kwn kitorg kat skolah menengah dulu).Tempat yang bakal kami lawati adalah:- 1) Maqam2 para sahabat 2)Qala'ah Salahuddin al Ayyubi 3)Muzium Kerak 4)maqam nabi Nuh 5)Laut Mati.

Pendek cerita, setelah kami selesai melawat maqam2 para sahabat(antaranya Zaid bin Haritha,Jaafar bin Abi Thalib) di Muktah,maqam Nabi Nuh,qalaah serta muzium, kami pun pulang ke rumah sebentar untuk solat jama' taqdim dan menyediakan kelengkapan ke Laut Mati pada petangnya pula.

[[intermission]] Laut Mati adalah salah satu dari kesan peninggalan azab yang Allah telah timpakan terhadap kaum-kaum kufur pada zaman para anbiya'. Sejarah Laut Mati yang telah tercatat banyak di dalam surah-surah Al-Quran mempunyai kedalaman 417 meter di bawah paras laut sekaligus memegang rekod kawasan terendah di muka bumi. Sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran,Laut Mati dahulunya adalah kawasan daratan yang mana mempunyai penduduk tempatannya tersendiri iaitu Kaum Soddom(kaum Nabi Luth a.s). Kaum Soddom iaitu kaum Nabi Luth adalah sezaman dengan dengan Nabi Ibrahim(tinggal di negeri lain). Kaum Soddom telah ditimpa laknat dan kemurkaan Allah adalah disebabkan perbuatan kufur mereka melakukan homoseksual sesama mereka dan mengingkari seruan Nabi Luth a.s supaya menghentikan tabiat mungkar tersebut sehinggakan malaikat(menyamar menyerupai lelaki muda yg baik rupa paras) yang membawa perutusan dari Allah kepada Nabi Luth a.s turut direbutkan oleh mereka. Perutusan malaikat itulah yang membawa perkhabaran bahawa pada esoknya Allah SWT akan menterbalikkan kampung halaman mereka dan disusuli hujan batu-batu yang telah ditanda nama mangsanya.[[intermission]]

Kepenatan perjalanan ke Laut Mati yang mengambil masa selama 2 jam dari bandar Muktah akhirnya terubat apabila kehijauan laut mati dari jauh telah menggamit pandangan kami. Ternyata kawasannya begitu rendah seolah-olah dikelilingi oleh gunung ganang dan bukit bukau. Pandangan kami juga turut tertumpu kepada kelibat burung-burung gagak yang banyak berterbAngan di kawasan sekitar Laut Mati itu(padahal xde hidupan lain pun hidup kat area2 laut tu utk dijadikan mknn). Walaupun waktu itu winter, bahang yang menyengat di Laut Mati itu memaksa kami membuka sweater masing2.Begitu juga lalat yang sangat banyak berterbangan di merata-rata kadangkala merimaskan kami.

Kami memilih untuk bertapak di Resot berbayar iaitu Amman Resort kerana di situ disediakan kemudahan berBBQ serta kemudahan2 yang lain.Kami berpecah banin dan banat untuk aktiviti bebas. Yang lelakinya kena memanggang BBQ manakala kami yang perempuannya mencari port yang sesuai untuk mandi dan mengapungkan diri di permukaan laut mati tersebut. Malangnya waktu jam ketika kami sampai dilaut mati tersebut cukup tidak mengizinkan untuk kami yang wanita ini meneruskan hajat&impian tersebut(kerana ketika itu jam menunjukkan baru pukul3.30 ptg dan hari masih cerah). Untuk melaksanakan juga misi kami yang suci itu, kami dengan tidak berputus asa lalu menunggu sehingga hari agak senja. Apabila hari makin gelap,pelawat makin sedikit,barulah kami memulakan misi menenggelamkan diri di dalam laut mati(ternyata tidak tenggelam) dengan tempoh selama yang mungkin sehinggalah kami menyedari kembali hakikat musim sejuk ketika itu.

Setelah jam menunjukkan jarum 5 mlm,kami yang bergelar wanita ini segera naik ke darat untuk bersiap-siap makan malam bersajikan ayam BBQ yang sgt enak (thanks to 5 org dak laki yg memanggang).Dengan disinari cahaya lampu neon,kami menikmati hidangan mkn malam dengan khusyuk dan hati yang tersenyum.(^_^)

Pada jam 8 mlm, kami pun berangkat pulang ke rumah tempat kami menumpang bermalam yang di muktah.Sehari suntuk berjalan terasa begitu memenatkan.Yang paling bermakna adalah ketika di laut mati.Sweet memory..=)..Tdo..#

Pagi esoknya tepat jam 1 ptg, kami bersepuluh menaiki bas pulang ke Amman meninggalkan Muktah yg best.Lebih kurang dalam jam 5.15 mlm kami pun selamat sampai ke Irbid(home sweet home).Alhamdulillah...selesai JELAJAH MUKTAH kami..hehe.