widget

Saturday, May 30, 2009

bersediakah kita menjadi seorang isteri?



Ketika masih di bangku persekolahan, ibu pernah berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh. Jangan bercinta-cintun. Pesanan yang ringkas tapi sudah cukup jelas untuk difahami oleh si anak. Pesanan ibu itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menjaga masa depan anaknya. Tidak percaya?Tunggulah bila kita sudah mempunyai anak nanti. Bagaimana rasanya naluri seorang ibu.

Kini, kita telah berjaya menamatkan alam persekolahan, bahkan ada juga di antara kita yang bakal bergelar graduan di salah sebuah universiti terkemuka baik di Malaysia mahupun di luar negara. Maka, disaat inilah waktu yang paling sesuai untuk kita mula membuat persediaan perancangan masa depan kita untuk hidup berkeluarga (persediaan utk kerja sudah semestinya dah difikirkan awal2 lagi). Sebagai salah seorang yang bakal bergelar graduan, maka saya juga tidak terkecuali untuk membuat planning for my future life iaitu bagaimana hidup saya sebagai seorang isteri, seterusnya seorang ibu kepada anak-anak saya yang bakal lahir nanti(ayat biasa yang selalu orang pakai). Dan persoalan utama yang menjadi permainan di benak fikiran adalah dengan siapa kita akan berkongsi hidup nanti. Bagi yang dah ada calon, semoga Allah mempermudahkan segala urusan. InsyaAllah kheir.

Betapa mudahnya untuk berfikir menjadi seorang isteri. Tetapi untuk memikul tugas seorang isteri, jangan sesekali fikir mudah. Itulah di antara pesanan-pesanan orang yang dah berpengalaman. Namun, bukanlah pesanan-pesanan tersebut bermaksud supaya kita takut menjadi isteri. Tetapi supaya kita bersedia untuk menggalas tugas isteri sesempurna yang kita termampu kelak. Isteri solehah. InsyaAllah.

Bagaimana nak jadi isteri solehah? Jom kita ambil tips2 dari kisah para solihin ini;

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah serta jadikanlah aku isteri yang solehah"

Mana Satu Pilihan Hati?



Alhamdulillah. Pada tanggal 26 Mei 2009 tempoh hari adalah tarikh keramat bagi saya apabila berakhirnya kertas peperiksaan akhir yang terakhir pada semester akhir di tahun akhir ini. Pada semester terakhir ini, saya telah mendaftar sebanyak 4 subjek untuk melayakkan diri bergraduasi dari Universiti Yarmouk, Jordan. Iaitu 2 subjek wajib universiti, 1 subjek wajib fakulti, dan 1 subjek pilihan universiti serta 1 subjek tambahan yang saya sengaja mengulanginya bagi memantapkan kefahaman untuk jadi bekalan apabila wujud permasalahan yang mungkin dipersoalkan oleh masyarakat di Malaysia nanti(insyaAllah) iaitu subjek fiqh muamalat 1. Peperiksaan akhir atau dalam bahasa arabnya imtihan niha'ie telah bermula dari 13 mei, disusuli 15 mei,18 mei, 23 mei,dan terakhirnya 26 mei 2009.

Alhamdulillah. 3subjek sudah keluar markah. Sekarang berdebar menanti keputusan lagi 2 subjek.Kepada sahabat-sahabat yang masih sedang bertempur di medan peperiksaan, bittaufeeq wannajah hendaknya.

Bagi sahabat-sahabat yang telah selamat menjalani peperiksaan, apa aktiviti kita nak buat untuk mengisi kekosongan waktu yang ada? Mungkin pelbagai rancangan telah di susun. Ada yang mempekemaskan lagi persediaan untuk hari bahagia(perkahwinan) di Malaysia nanti, ada juga yang mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga-temuduga kerja di Malaysia nanti, ada yang mengumpul resepi-resepi masakan jordan,serta ada juga yang berkata,"ya Allah,tak sabarnya nak balik Malaysia..".

Kembali kepada topik asal semula. Bagi yang boring-boring tak tau nak buat apa cuti-cuti lepas exam ni,jom kita baca 1 artikel yang saya quote dari blog salah seorang teman seperjuangan di sini( http://tanpatubuh.blogspot.com/ ) yang pada asalnya artikel ini di ambil dari iluvislam.com..Kisah tersebut macam menarik dan mungkin ada yang pernah mengalami seperti itu.

Suka saya quote dari ayat pendahuluan sahabat ini sekali;


[quote]
Kepada yang sudah ada ikatan tidak rasmi, pandai2lah menjaga diri agar wasilah ke pernikahan tidak dicemari, bimbang kalau2 ditarik berkat rumahtangga kelak. Kepada yang belum ada ura-ura lagi, jangan berikhtilat songsang! Nanti Presiden marah..(opps, kata Syafiqah). Presiden marah tak jejas apa, kalau Allah murka, bala-Nya tidak mengira siapa kita.[quote]

Mana Satu Pilihan Hati
http://www.iluvislam.com
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “Dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” Mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”




Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat.. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya...” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.



Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..

* http://www.iluvislam.com

Friday, May 29, 2009

emas itu, ukhuwah ini




"uh,double set??". "sekarang ni dah mata ke berapa?". "bola tampar dah abis game ke belum?pas ni dia main double penentu dengan saya!". Itulah diantara babak-babak genting di dalam gelanggang pingpong wanita pada 1 Mei 2009 yang lalu sebelum ditabalkan sebagai juara bagi pasukan pingpong Irbid wanita dalam temasya tahunan Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Jordan(KARISMA) yang berlangsung di Muktah selama 3hari(31 april-2 mei).

"team A dan B,mari berkumpul semua!Kita berdoa untuk menang iman,emosi dan perlawanan..". "satu tak cukup,dua tak cukup,tiga tak cukup,tak cukup-cukup..Irbid boleh!!".
Ini pula diantara saat-saat manis yang terlakar di gelanggang bola jaring pula selepas beberapa jam kemudian sebelum pasukan bola jaring Irbid merangkul pingat emas bagi team B beserta piala pusingan tajaan MPPM dan pingat gangsa bagi team A.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah sebanyak-banyak syukur kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyertai KARISMA pada tahun ini. Syukur itu bukan disebabkan semata-mata kejayaan besar memperoleh pingat emas bagi kedua-dua perlawanan yang saya sertai iaitu bola jaring dan pingpong, tetapi dek kerana ukhuwwah yang telah tercipta di antara saya dan peserta-peserta lain, IRBID terutamanya. Belum pernah rasanya manisnya ukhuwah ini atau dalam kata lainnya soul relationship sebegini indah dan damai. Manakan tidak,sementara menanti debaran perlawanan bola jaring bermula, sahabat-sahabat yang menyokong sempat lagi membuka halaqah di satu sudut penjuru gelanggang untuk bermathurat bersama-sama. Solat fardu berjemaah. Makan berjemaah. Yang tidak pernah berkesempatan bersua muka di irbid, di gelanggang sukan inilah peluang menghulurkan tangan nak sambut bola sambil berborak mesra. Berkenal nama. Mengenyit mata(isyarat nak mintak bola daa).

Kalau sebelum ini bila mendengar perkataan ukhuwah, ada yang berkata,"oh my, islamiknye laa..panggil je la bermember-member ". Saya baru sedar, ukhuwah ini takkan wujud kalau Allah tak izinkan. Walaupun dah sakit,senang,menangis ketawa bersama-sama, belum tentu dapat rasa nikmat persaudaraan yang sebenar. Belum tentu dapat merasai perasaan yang sesuai dengan perkataan 'ukhuwah' tu. Sebab tu kadang-kadang ada yang rasa macam sinis je nak sebut perkataan ukhuwah tersebut. Bila Allah memberkati, tangis ketawa bukan sebarang tetapi beserta kasih sayang. Susah senang bukan semata tetapi beserta kasih mesra. Bila bola terlepas ke tangan lawan, masih mampu untuk bertenang dan memaafkan. Setiap kali sebut perkataan ukhuwah pun, rasa best. Mungkin sebab ada keberkataan. Alhamdulillah.

Ukhuwah itu di hati dan bukan di mulut semata-mata.

Tahun ini adalah yang terakhir kali saya berpeluang menyertai KARISMA. Sebab bulan 6 ini insyaAllah saya akan bergelar siswazah lepasan Universiti Yarmouk dan akan pulang ke Malaysia for good.Sebab tu perasaan hiba agak sedikit berlebihan bila terkenangkan netball team B yang telah bersama-sama bertungkus-lumus memastikan emas netball milik Irbid pada tahun ini. Juga team A yang telah bersama-sama menjalani latihan setiap petang di court & gym. Juga team pingpong Irbid..U all memang best. Untuk adik-adik pingpong, tahun depan pastikan juara lagi ok.(^-^)\/..Walaupun tempoh perkenalan yang hanya sebentar, kalian akan saya kenang sampai pulang ke Malaysia nanti hatta sampai bila-bila insyaAllah. 1001 cerita tentang kita di KARISMA '09.



"(sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,maka damaikanlah antara saudara-saudara kamu)" -alhujurat-