widget

Saturday, March 5, 2011

Kalau pun kamu tidak kerja di bank,....

"ustazah dulu belajar di mana?UIAM ke?". "Bukan,cikgu.Dulu saya belajar di Jordan."
"Oh,ambil apa dulu?Bahasa Arab ke?" "Erm,saya ambil Syariah.."
"Major apa?" "Err,ekonomi dan perbankan Islam.."
"Oo..bila grad?" "tahun 2009,cikgu.Saya pernah jadi pensyarah di Kolej Islam Pahang sekejap,secara kontrak.Saya diberi peluang untuk mohon ke jawatan tetap tetapi saya berhenti dan sambung Master Ekonomi di UM.Kemudian apabila dapat tawaran jQAF ni saya berhenti Master saya dalam keadaan separuh jalan..".saya menjawab sambil tersenyum kelat ke arah Guru Besar SK Bt Masjid.

"Oo..".respon pendek daripada guru besar.sambil mengangguk-angguk dan senyum,kemudian beliau menyambung:
"beginilah ustazah,tidak apa kalau pun kamu tidak kerja di bank kerana tidak kiralah kerjaya sebagai ustaz ke,ustazah ke,cikgu ke,...", beliau terdiam seketika. saya cuba mengagak apakah yang ingin disampaikan olehnya.adakah ayat standard yang biasa saya dengar seperti sebelum-sebelum ini,kerjaya sebagai guru itu mulia,dan sebagainya.tetapi telahan itu terbantut setelah beliau kembali menyambung kata:

"kita ni sebagai guru sebenarnya selalu didoakan sejahtera oleh orang lain.tiap-tiap kali berselisih dengan anak murid akan diucapkan salam.kalau kerja di bank belum tentu lagi dalam sehari tu ada orang akan beri salam kepada kita.",kemudian beliau senyum.itu sahaja?tetapi cukup membuatkan saya termenung berfikir sejenak.kemudian saya pun tersenyum.kemudian mengangguk-angguk spontan sangat bersetuju dengan input guru besar itu.

"saya harap ustazah gembira jadi cikgu.kerja betul-betul.saya pernah dengar sebelum ini di sekolah-sekolah lain,ada guru jQAF yang sanggup bayar kontrak perlanggaran perjanjian rm60 ribu semata-mata kerana tidak mahu jadi cikgu.saya harap ustazah tidak jadi seperti itu.setakat ini rasa macam mana?gembira ke, nak berhenti ke?"

"tengah-tengah cikgu.hehe."
"kenapa pulak tengah-tengah?"
"mungkin sebab jauh dengan mak ayah kot.hehe."
"Oh,sebenarnya seronok di sini sebab banyak pokok-pokok di sekeliling sekolah.."

Itulah sedikit-sebanyak kata-kata guru besar sekolah saya yang baru sahaja disampaikan olehnya semalam,Jumaat, yang mampu dijadikan sebagai input semangat saya untuk terus berada di daerah asing ini.Walaupun dari segi jarak untuk ke Pahang, berapa jengkal lah sangat. Dalam 3,4 jam sampailah ke Pahang tu. Tetapi atas sebab perkataan 'asing' itu.Bukan tempat kita.Loghat lain.Tiada saudara-mara sendiri di sini.Budaya masyarakat di sini juga tidak sama.Tiada kawan-kawan seangkatan sewaktu belajar dahulu.Yang paling dirasai asing ialah apabila tiada keluarga di sisi. Semua itulah yang mewujudkan perkatan 'asing' tersebut.

Apa-apa pun semua itu adalah masalah sampingan emosi.Apa yang perlu dan harus dilakukan sekarang ialah life must go on!selagimana kita bermohon kemudahan urusan daripada Allah Subhanahu wa Taala,selagi itulah urusan kita akan dipermudahkan,insyaAllah...Apabila urusan kita dipermudahkan, insyaAllah semangat itu akan datang mengiringi bersama-sama.

Untuk adik-adikku yang masih dalam pengajian di Jordan tu,nnti balik, apply lah jQAF. Supaya nnti kamu dipostingkan di Perak, kalau boleh di sekolah akak ni. Supaya akak boleh pindah balik ke Pahang.LOL~

No comments: