widget

Sunday, February 1, 2009

jelajah muktah





















Disaat sebahagian penduduk Irbid menjelajahkan diri mereka ke mesir, syria, malaysia, dan seumpamanya,kami selaku penunggu setia rumah pun telah berpakat untuk mengurangkan duit simpanan masing2 dengan merancang 'JELAJAH MUKTAH'.

Tiba pada hari yang dirancangkan(23 jan 2009),kami pun memulakan perjalanan pada jam 10.30 pg. Kami menaiki bas Jet untuk ke Amman. Setelah sampai di Amman, kami mengambil coaster untuk menyambung perjalanan ke Muktah.

Lebih kurang pada pukul 4 pm, kami seramai 7 orang banat serta 3 orang banin selamat sampai di Muktah. Sebaik sahaja sampai,kami mengambil masa untuk berehat secukup mungkin bagi menyimpan tenaga untuk memulakan pengembaraan pada esok hari.Kami telah menumpang bermalam di rumah sebahagian pelajar2 di sana yang cukup baik hati kerana sudi menumpangkan kami selama dua malam(special thanks for kak zam&housemate, basyirah&housemate, aisyah&housemate, shahid&housemate, fudhail selaku moderator.huhu). Sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah memberi layanan VIP kepada kami walaupun kami tak pinta dilayan sebegitu istimewa.syukur mode..(^_^).

Pagi di Muktah(bersempena dengan nama Perang Muktah) yang begitu damai pada 24 jan 2009. Setelah selesai bersarapan,kami pun memulakan perjalanan dengan berguiderkan Syahid&Fudhail(diorang berdua ni kwn kitorg kat skolah menengah dulu).Tempat yang bakal kami lawati adalah:- 1) Maqam2 para sahabat 2)Qala'ah Salahuddin al Ayyubi 3)Muzium Kerak 4)maqam nabi Nuh 5)Laut Mati.

Pendek cerita, setelah kami selesai melawat maqam2 para sahabat(antaranya Zaid bin Haritha,Jaafar bin Abi Thalib) di Muktah,maqam Nabi Nuh,qalaah serta muzium, kami pun pulang ke rumah sebentar untuk solat jama' taqdim dan menyediakan kelengkapan ke Laut Mati pada petangnya pula.

[[intermission]] Laut Mati adalah salah satu dari kesan peninggalan azab yang Allah telah timpakan terhadap kaum-kaum kufur pada zaman para anbiya'. Sejarah Laut Mati yang telah tercatat banyak di dalam surah-surah Al-Quran mempunyai kedalaman 417 meter di bawah paras laut sekaligus memegang rekod kawasan terendah di muka bumi. Sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran,Laut Mati dahulunya adalah kawasan daratan yang mana mempunyai penduduk tempatannya tersendiri iaitu Kaum Soddom(kaum Nabi Luth a.s). Kaum Soddom iaitu kaum Nabi Luth adalah sezaman dengan dengan Nabi Ibrahim(tinggal di negeri lain). Kaum Soddom telah ditimpa laknat dan kemurkaan Allah adalah disebabkan perbuatan kufur mereka melakukan homoseksual sesama mereka dan mengingkari seruan Nabi Luth a.s supaya menghentikan tabiat mungkar tersebut sehinggakan malaikat(menyamar menyerupai lelaki muda yg baik rupa paras) yang membawa perutusan dari Allah kepada Nabi Luth a.s turut direbutkan oleh mereka. Perutusan malaikat itulah yang membawa perkhabaran bahawa pada esoknya Allah SWT akan menterbalikkan kampung halaman mereka dan disusuli hujan batu-batu yang telah ditanda nama mangsanya.[[intermission]]

Kepenatan perjalanan ke Laut Mati yang mengambil masa selama 2 jam dari bandar Muktah akhirnya terubat apabila kehijauan laut mati dari jauh telah menggamit pandangan kami. Ternyata kawasannya begitu rendah seolah-olah dikelilingi oleh gunung ganang dan bukit bukau. Pandangan kami juga turut tertumpu kepada kelibat burung-burung gagak yang banyak berterbAngan di kawasan sekitar Laut Mati itu(padahal xde hidupan lain pun hidup kat area2 laut tu utk dijadikan mknn). Walaupun waktu itu winter, bahang yang menyengat di Laut Mati itu memaksa kami membuka sweater masing2.Begitu juga lalat yang sangat banyak berterbangan di merata-rata kadangkala merimaskan kami.

Kami memilih untuk bertapak di Resot berbayar iaitu Amman Resort kerana di situ disediakan kemudahan berBBQ serta kemudahan2 yang lain.Kami berpecah banin dan banat untuk aktiviti bebas. Yang lelakinya kena memanggang BBQ manakala kami yang perempuannya mencari port yang sesuai untuk mandi dan mengapungkan diri di permukaan laut mati tersebut. Malangnya waktu jam ketika kami sampai dilaut mati tersebut cukup tidak mengizinkan untuk kami yang wanita ini meneruskan hajat&impian tersebut(kerana ketika itu jam menunjukkan baru pukul3.30 ptg dan hari masih cerah). Untuk melaksanakan juga misi kami yang suci itu, kami dengan tidak berputus asa lalu menunggu sehingga hari agak senja. Apabila hari makin gelap,pelawat makin sedikit,barulah kami memulakan misi menenggelamkan diri di dalam laut mati(ternyata tidak tenggelam) dengan tempoh selama yang mungkin sehinggalah kami menyedari kembali hakikat musim sejuk ketika itu.

Setelah jam menunjukkan jarum 5 mlm,kami yang bergelar wanita ini segera naik ke darat untuk bersiap-siap makan malam bersajikan ayam BBQ yang sgt enak (thanks to 5 org dak laki yg memanggang).Dengan disinari cahaya lampu neon,kami menikmati hidangan mkn malam dengan khusyuk dan hati yang tersenyum.(^_^)

Pada jam 8 mlm, kami pun berangkat pulang ke rumah tempat kami menumpang bermalam yang di muktah.Sehari suntuk berjalan terasa begitu memenatkan.Yang paling bermakna adalah ketika di laut mati.Sweet memory..=)..Tdo..#

Pagi esoknya tepat jam 1 ptg, kami bersepuluh menaiki bas pulang ke Amman meninggalkan Muktah yg best.Lebih kurang dalam jam 5.15 mlm kami pun selamat sampai ke Irbid(home sweet home).Alhamdulillah...selesai JELAJAH MUKTAH kami..hehe.

No comments: