widget

Friday, June 26, 2009

berkunjung ke madinah soreh

Pada 15 jun lalu,saya telah mengikuti bekas-bekas pelajar SMA al-khairiah,temerloh pergi ke madinah Soreh,Irbid,Jordan untuk mengunjungi rumah bekas pendidik yang pernah mengajar mereka di sma khairiah dahulu iaitu uztaz firas,yang kini telah ditugaskan pula mengajar di STASAB,Pekan,Pahang.

Keluarga arab di sini sangat memuliakan tetamu.Itulah antara perkara yang saya cukup kagumi di bumi Jordan ini.Tidak sah kalau tak cukup 2jam berada di rumah mereka. Kebiasaannya mereka akan menghidang nasi(mansaf/maqlubah/khabsah/uzi) beserta air kosong@air tamar hind. Setelah duduk-duduk sebentar selepas selesai menjamu nasi,kami dihidangkan pula dengan teh(syai) panas sama ada syai 'aadi/syai naknak atau syai maromia. Kemudian kami dihidangkan pula setalam buah-buahan beserta pisau2 kecil(kupas sendiri). Selepas selera dah sampai tahap Marginal Utility yg paling rendah,kami dihidangkan pula dengan qahwah sadah(pahit) atau pun qahwah heillu(manis).Itulah sebahagian dari pengalaman-pengalaman yang biasanya akan dilalui bila berkunjung ke rumah keluarga arab.

qahwah heilu..


buah-buahan yg ranum; mish2,durrak,tuffah,nektarin[yg hanya blh didapati pada musim soifi] dihidangkan kpd kami sebagai pencuci mulut


maqlubah yg menyelerakan.. :-)

1 comment:

FabulouswithAs said...

sdapnye maqlubah..korg pegi rumah sape nih?hehe
dayah bile nk masakkan untuk asma..ari-ari terakhir kt joden nih..hehe