widget

Tuesday, June 23, 2009

Congratulations!!! Finally..We did it!!!



Tanggal 17 Jun 2009 bersamaan hari Rabu, saya dan kawan-kawan seperjuangan telah sah bergelar graduan lepasan Universiti Yarmouk,Jordan. Alhamdulillah,dengan izin Allah,kejayaan ini dipinjamkan untuk kami.Juga dengan berkat doa ayah ibu ,guru-guru dan sahabat-sahabat,kami berjaya membawa pulang segulung ijazah untuk mereka. Jutaan kesyukuran juga dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana kami pelajar jurusan syariah major dalam ekonomi dan perbankan islam tajaan Yayasan Pahang batch pertama ini berjaya menamatkan pengajian seramai 34 orang kesemuanya sekali.

Jutaan penghargaan kepada sahabat-sahabat JUST serta adik-adik yarmouk yang sudi hadir meraikan majlis konvo tempohari. Buat k.ain samsuddin,amna,k.syumailah,ain zubaidah,asma' haslan,hajar sabyah, serta ramai lagi sahabat-sahabat seperjuangan yang lain, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk konvo kami. Saya doakan kalian berjaya dengan cemerlang dunia akhirat..Gambar bersama kalian akanku tatap sebagai kenang-kenangan.

Buat adik-adik Ekonomi, akak yakin korang boleh.Semoga berjaya!

Buat adik-adik JAIS,terima kasih atas segala-galanya. Walaupun dengan perkenalan yang singkat, tapi akak sedikit sebanyak telah dapat mengenali perangai kalian masing-masing.Semoga berjaya!

Buat sahabat JAIS yang turut sama bergraduan iaitu ahiasah,nadia ismail,k.timah,k.aimi,amna,k.chu & k.hajar. Minta maaf atas segala salah& silap sepanjang kita sama2 menuntut ilmu di sini. Semoga ikatan ukhwah dunia akhirat.

Dan yang terakhir sekali, buat teman-temanku yang telah bersusah-senang bersama-sama sejak 4tahun yang lalu;mala,manis,sue,beah,farah,fareha,fatihah,dila,bada,nadiah,farhana,
masitah,izzati,k.fida,k.chik,anyss,wan,sofila,aiman,diana,ain & bahiyah.,syafiq,tahrizi,aizuddin,fadhil,syed,fais,syihab,hassan,meran,sopi & paan..
Tak lama lagi kita semua akan membawa haluan masing-masing. Ada keluarga masing-masing. Ada anak isteri masing-masing. Jadi dikesempatan ini, saya memohon kemaafan atas segala kekurangan saya selama tempoh kita menuntut ilmu bersama-sama ini.
Dalam hati saya hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya diperkenalkan dengan kalian sebagai teman seperjuangan.Nanti bila balik Malaysia,kita sama-sama jumpa ustaz kamil,ustazah husna,ustaz fared& sir din ya!Kita berjaya balik semua sekali seramai 34 orang seperti mana yang mereka amanatkan.:-)..Merekalah ibubapa angkat kita(walaupun xtau la mereka i'tiraf kita mcm tu ke x..huhu)..Selamat maju jaya buat semua!


::Para mantan pendidikku.. Terima kasih prof2 sekalian, jasa kalian akan kukenang sampai mati..::


::alhamdulillah kita sama2 berjaya walaupun dengan cara studi yang berbeza::


::bersama dekan fakulti syariah, profesor al-Omari::


::alhamdulillah,kami telah bergelar graduan Yarmouk::


Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,bersatu memikul beban dakwahMu,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(yang sebenar).
.
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu..

Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifah(pengetahuan sebenar) tentangMu..
Jika Engkau mentaqdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhadak dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.Perkenankanlah permintaan ini ya Allah..


mak,ayah..kami pulang dengan membawa segulung ijazah [tiada dalam gambar; aizuddin,nurul aiman & bahiyah]


::mak,ayah..terimalah hadiah kejayaan dari anakmu ini..[sedih tak dapat bergambar konvo dgn mak ayah.. (-_-)..]::

3 comments:

Anonymous said...

salam ziarah tahniah buat superseniorsrnok btul tngok org da grad.. btul2x menaikkan smgt nway mabruk alaikum! doakn kmi brjya sama..(mieza iy-batch3)

Anonymous said...

wah..dh khirij dh yek..tahniah la.
mesti seronok kan..

x sia2 usaha selama 4 thn ni akhirnya berbuahkan hasil..

alfu mabruk sekali lg :)

ct ruby said...

rindunywr saat itu